Video: "Kalau Kau Cantik, Kenapa Laki Kau Datang Kat Aku.." - Lelaki Ceraikan Isteri Talak 3 Kerana Minah Kilang Ini

 

Sejak kebelakangan ini, kecoh betul isu-isu yang membabitkan orang ketiga dalam rumah tangga dan kecurangan pasangan. Terbaru, satu rakaman tular di media sosial tentang pendedahan seorang wanita yang mendakwa telah diceraikan talak tiga.


Berdasarkan perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa suaminya berlaku curang dengan rakan sekerja di sebuah kilang.


Lebih mengejutkan apabila wanita yang menjadi skandal suaminya itu didakwa masih berstatus isteri orang berusia dalam lingkungan 40-an.


Malah, dakwanya si suami sebenarnya sudah curang sejak 2 tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun baru diketahui baru-baru ini.


2 tahun percintaan dia dengan suami aku, satu kilang dengan suami aku. Memang aku rasa teraniaya.”


Rakaman ketika dia bertemu mata dengan kekasih gelap suaminya itu turut viral di TikTok di mana wanita tersebut dikatakan langsung tidak rasa bersalah.


Sebaliknya, dia pula yang meminta si isteri untuk bertanya sendiri kepada suami kenapa lelaki itu membuat keputusan untuk berlaku curang.


Dah kenapa dia tinggalkan kau? Kau salahkan aku kenapa? Muka kau cantik sangat ke? Muka kau cantik laki kau tinggal juga… …..Laki kau, nak salahkan orang pulak. Laki kau, kau bawaklah dia.. mental dia ni.”


Menerusi ruangan komen pula, ramai netizen memberikan sokongan kepada si isteri supaya terus kuat menghadapi ujian ini serta bangkit semula selepas dianiaya.


Video di bawah :