VIDEO: NGER1 ! Detik Kejadian Kepala Lori Terbakar, Suami Isteri Rentung Meninggal Dunia

 


Dua mangsa r3ntung kebakaran lori kontena adalah suami isteri SEREMBAN,N9 – Dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah lori treler yang membawa kontena di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah di sini pagi tadi telah dikenal pasti sebagai suami isteri. 


 Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-dua mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Mazlan Molot, 48, beralamat di Taman Putra Damai, Petaling Jaya Selangor dan Fauziah Uyop, 40-an. 


Jelas beliau, kedua-dua mangsa dipercayai merupakan pasangan suami isteri. 


 “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik sedang bergerak dari arah Klang menuju ke arah Senawang. 


“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya. 

@utusantvofficial Kedua-duanya ditemui rentung di kepala lori. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #salamtakziah ♬ original sound - UtusanTV


@utusantvofficial Replying to @4g_apexi . Semoga dipermudahkan urusan keluarga. #seremban #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ Scary music horror mystery(1040775) - parts di manta


@utusantvofficial Replying to @gimainjauhjauh . Ye ada letupan. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #seremban ♬ original sound - UtusanTV