“Dia kacau sukaneka kami”- Isteri rider bikin panas punca pergelutan, wakil geng baju merah dedah perkara sebenar

 


KECOH di media sosial mengenai pergaduhan antara sekumpulan individu berbaju merah dengan seorang penghantar makanan bersama isterinya.


Menerusi video yang tular, penghantar makanan berkenaan dibelasah oleh kumpulan itu sehingga terjatuh selepas dia menumbuk seorang lelaki botak.


Susulan kejadian, seorang wanita yang mendakwa dirinya salah seorang dari kumpulan baju merah tampil mendedahkan cerita sebenar.


Pendedahan itu dibuat menerusi klip audio yang dikongsi oleh selebriti Caprice di laman Instagramnya, pada petang Selasa.


Menurut wanita itu, mereka mengadakan Hari Keluarga selama tiga hari di Batu Pahat, Johor.


"Hari kedua tu kami ada buat sukaneka. Ayah saya dah cakap dengan orang pengurusan situ, tempat itu dah booking kan. Jadi orang luar tak boleh masuk. Jadi dia kata, ye dah booking dan orang luar tak boleh masuk.


"Macam biasalah sukaneka, bunyi muzik kuat. Kita nak buat sukaneka, dah tentu muzik kuat. Jadi kami pun have fun dan ada satu makcik ini datang dengan anak dia mandi kolam.

VIDEO PENERANGAN DI BAWAH:

"Kami expect 'Oh mandi kolam'. Kami biarkan mereka mandi kolam. Kami tak kacau pun sebab fikir kolam ini untuk orang awam. Jadi sama-sama (guna) walaupun kami dah booking full (sepenuhnya).


"Tiba-tiba dia (makcik) datang pada pakcik kami dan dia cakap keadaan terlalu bising sangat sehingga mengganggu dia dan anak dia mandi kolam," katanya.


Rungutan itu membuatkan pihaknya kemudian menjelaskan bahawa tempat berkenaan sudah pun ditempah mereka untuk aktiviti kekeluargaan termasuk sukaneka.


"Kami nak buat sukaneka, ikut suka kamilah nak bising ke tak sebab kami dah booking. Jadi apa tujuan akak datang ke sini nak suruh kami perlahankan muzik?


"Dia macam marah, dia masukkan barang anak dia dalam beg, hempas-hempas. Lepas tu dia balik dan hempas lagi pagar-pagar tempat kami. Kami pun biarkan je sebab nak have fun," ujarnya lagi.


Bagaimanapun katanya, 10 minit kemudian mereka didatangi seorang lelaki memakai baju penghantar makanan yang mengganggu mereka dengan membuat bising.


"Dia press motor kuat-kuat. Kenapa sampai dia marah sangat ni? Ada orang order ke? Lepas tu dia cakap, siapa yang sound bini aku? Sini aku nak jumpa.


"Dengan gengster dia tu, dia kacau sukaneka kami. Kami pun berhenti dan tanya apa masalah? Dia kata, siapa yang marah orang rumah (isteri) dia dan kata ini kawasan dia.


"Kami pun pelik dan tanya pengurusan kenal ke orang tu dan mereka kata tak kenal pun, orang luar. Pengurusan pun tak tahu macam mana mereka boleh masuk ke dalam.


"Dia datang dengan suami gengster marah sangat sampai dua lelaki dari grup kami tanya kenapa dia datang sini dengan lagak gengster, apa yang dia nak sebenarnya," tambahnya.


Dalam pertelingkahan itu, wanita berkenaan mendakwa penghantar makanan tersebut cuba menghayunkan topi keledar ke arah bapanya.


"Ayah saya pun pegang tangan dia supaya helmet tak kena dekat kepala. Jadi video (tular) tu dah pertengahan, sudah dipotong. Media-media sosial semua cut. Kami sedih sebab video (asal) panjang sangat.


"Punca utama ialah bini dia datang ke sini dan mengadu pada suami. Dia telefon suami dia yang tengah kerja (penghantar makanan) untuk datang. Itulah puncanya ayah saya kata jaga bini kau tu, sebab dia mengadu tempat ni bising.


"Come on la, ini family day dan kami dah booking full (tempat). Andai kata dia tak suka kami buat di situ, kami boleh ganti rugi balik... kononnya itu tempat dia," katanya.


"Jadi, kami rasa macam tak patutlah, netizen salahkan sebelah pihak. Kena dengar penjelasan daripada kedua-dua pihak," katanya.


Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan semua pihak perlu menjauhinya.


Mereka yang terlibat boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan kecederaan.


Hukuman diperuntukkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan hukuman penjara sampai setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.


Jika berlaku salah faham, cuba berbincang dan berbincang dengan cara baik, bukannya mengikut emosi atau bertindak melulu.