Ini jawapan PANAS Fizo lepas kena perli dengan Mawar Karim

 


PELAKON dan usahawan Fizo Omar mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu berhubung sindiran dibuat bekas isteri, Mawar Karim yang memberi bayangan dia hidup atas tanggungan usahawan berkenaan sebelum ini.


Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, kedua-dua mereka kini sudah pun memiliki keluarga sendiri dan tidak perlu untuk mengungkit kisah lama.


“Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri,” katanya.

Fizo kini bahagia bersama keluarganya.

Fizo mengulas perkara itu menerusi temu bual bersama rancangan hiburan Melodi pada Ahad.


Kata-kata tersebut juga seolah menjawab persoalan ramai tentang status Mawar yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.


Terdahulu meneruis satu hantaran di laman Instagram miliknya, Mawar memberitahu dia kini lebih bahagia apabila ada yang membandingkan kehidupannya dengan Fizo bersama isteri iaitu Fazeera Nazri.


Dia memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri Fizo.


Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu” tulisnya.


Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.


Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.


Fizo tidak mahu memanjangkan isu.

Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Mereka memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.


Sementara iti timbul juga desas-desus mengatakan Mawar sudah berkahwin sekitar awal tahun lalu dan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.