“Jangan Bagitahu Parents I, I Merayu..” – Berang Dituduh Penipu, Bella Astillah Dedah Mesej WhatsApp Sophia AlBarakbah

 


Gara-gara dirinya dituduh sengaja mengadakan drama dan menipu, Bella Astillah akhirnya mendedahkan tangkap layar beberapa mesej perbualan bersama pelakon wanita yang didakwa mengganggu suaminya, pelakon Aliff Aziz.


Bella bertindak demikian selepas beberapa pihak yang mendakwa dia memfitnah Sophia ‘mengacau’ suaminya.


Malah, Bella juga mempersoalkan tindakan Sophia yang lari dari sidang akhbar selain memaafkan sesiapa sahaja yang memfitnah dirinya atas isu tersebut.


Kenapa saya berani beri kenyataan sebab sahih. Saya tiada perancangan hendak beri sebarang komen lagi tetapi apabila lihat Sophia juga beri kenyataan konon tak mahu libatkan satu Malaysia.


Tetapi inilah sebabnya dia tak mahu libatkan satu Malaysia. Ini baru 10 peratus.


Dalam hantaran tangkap layar yang dikongsi Bella itu, kelihatan Sophia memohon maaf di atas keterlanjurannya terjatuh suka terhadap Aliff Aziz.


Bella juga memohon untuk berjumpa dengan orang tua Sophia namun pelakon wanita itu enggan berbuat demikian kerana keadaan kesihatan ibu bapanya yang tidak baik.

Sophia juga dilihat berjanji tidak akan mengganggu Aliff dan ingin ‘menebus’ kesalahannya itu


Terdahulu, Bella ada mendedahkan bahawa seorang heroin  telah mengakui menyukai suaminya selepas bergandingan dalam sebuah naskah drama.