“Kami Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat-Hebat, Cukuplah” – Ibu Syamsul Yusof

 


Seperti di ketahui ramai, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail sangat menyayangi dirinya.Lagi-lagi sewaktu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diganggu orang ketiga, jelas terlihat Datin Patimah memberi sokongan penuh terhadap menantu kesayangan.


Terbaharu, ibu Syamsul Yusof itu ada membuat satu perkongsiaan yang sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa bangga kerana memiliki menantu hebat.

datin patimah ig story

Melalui perkongsiaan di IG Story itu, Patimah telah menyenaraikan nama ketiga-tiga wanita yang juga merupakan menantunya.


Biarpun Syamsul sudah mengumumkan perkahwinan kali kedua bersama anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar bulan lalu, nama wanita tersebut tidak tersenarai dalam perkongsiaan tersebut.


Untuk makluman, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu pernah menegaskan bahawa dirinya bersama Kazar bukanlah besan dan juga pernah berkata Puteri Sarah adalah satu-satunya wanita yang layak bergelar isteri kepada pengarah tersebut.