“Mana yang geram tu tengok puas² !” Video Hafidz Roshdi Dibelasah Aedy Ashraf Sampai Lunyai Buat Netizen Puas Hati

 


Malam tadi, industri hiburan digemparkan dengan berita mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang dilaporkan telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu.


Berita mengejutkan itu bagaimanapun telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai terhadap Hafidz kerana bertindak menceraikan isteri terutama selepas kecoh isu curang.


Susulan itu, pelakon Aedy Ashraf memuat naik video memaparkan aksi dia menumbuk pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu di dalam gelanggang tinju.


Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi dilihat menumbuk Hafidz bertubi-tubi di bahagian muka sehingga terduduk seolah-olah faham dengan amarah orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai seakan ‘puas hati’ melihat Hafidz dibelasah oleh Aedy.


Bukan itu sahaja, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Aedy kerana mewakilkan kemarahan mereka semua.