“CAPRICE, JGN SAMPAI AKU JUMPA KAU BRO !” TERKINI. Syamsul Berang Dengan Tindakan Caprice

 

Sekali lagi, nama pengarah kepada filem The Original Gangster menjadi bualan ramai setelah pergolakan rumah tangga di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diperdebatkan sehingga ada beberapa selebriti terkenal tanah air juga masuk campur mengenai isu berkenaan.

Terkini, menerusi sumber video soal jawab bersama media yang dikongsikan di media sosial sebuah laman portal, Syamsul Yusof telah menyebut beberapa nama selebriti ini antaranya Dato Aaron Aziz, Caprice dan Farid Kamil supaya berhenti mencampuri urusan rumah tangganya itu.

Caprice pun satu…jangan bro…itu macam batu api…aku tahu aoa jadi dengan kau bro Caprice…kau dengan Sharnaaz….Sharnaaz dah jumpa kau…jangan sampai aku pula jumpa kau…” -tegas Syamsul

Bagaimanapun, pengarah sensasi ini meluahkan yang dia memahami bahawa ada segelintir individu mencari makan dengan membahas soal urusan orang lain di media sosial sebagai sumber pendapatan, namun dia berharap agar tidak menjadi batu api dalam apa jua situasi.

“Tapi saya tengok Farid Kamil tu dah melampau sangat dah…pasal dia sentuh pasal keluarga…”

Bukan itu sahaja, sebelum ini, Syamsul juga ada memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Farid Kamil berhubung status di Instagramnya baru-baru ini berkenaan isterinya, Diana Danielle ditumbuk oleh bekas kekasih yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Video di bawah: