“Kepada Farid Kamil, Aku Bukan PONDAN, Kita Jumpa Di Mahkahmah !” Syamsul Yusof Nekad Heret Farid Kamil Ke Mahkahmah

 

Syamsul berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan pengarah Farid Kamil kerana berkongsi tentang isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Kata Syamsul, sebagai seorang yang sudah berpengalaman dalam industri hiburan dia enggan melayan perkara tidak penting atau bersikap lantang bersuara di media sosial.

"Kepada Farid, saya tak nak jadi 'pondan' hanya bercakap di media sosial. Kita dah tua. Kenapa nak bercakap di media sosial. Lebih fokus kerja sahaja.

"Kita jumpa di mahkamah. Itu sahaja!," tegasnya.

Ini Sebab Kenapa Syamsul Akan Heret Farid Kamil Ke Mahkahmah

“Tahun 2023 kau masih pukul perempuan lepas tu senyum dgn gigi palsu kau !” Dah tak tahan lagi, Giliran Farid Kamil pula buka aib Syamsul Yusof


 

Baru-baru ini, pelakon hebat Farid Kamil ada memuat naik status di Instagram Story seolah-olah menyindir individu yang mengasari wanita lain dan menurutnya, individu terbabit telah pun mengasari wanita sejak tahun 2005 hinggalah ke hari ini.

Menurut Farid, individu lelaki terbabit mempunyai watak anak munafik yang dipaparkan seperti dalam filem dan diadaptasi ke dunia realiti.

Setelah meraih perhatian, pelakon tersebut berkata niatnya bukan mahu mengungkit hal lama tetapi hanya memberitahu perkara fakta mengenai individu tersebut.

farid kamil ig story

Dalam pada itu, Farid turut memberitahu disebabkan status IG Story tersebut, individu tersebut telah menghantar ‘balachi’ untuk mengutuk filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam iaitu Anwar The Untold Story.


Bahkan bapa kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu individu berkenaan pernah mempunyai ‘sejarah silam’ memukul isterinya, Diana Danielle.

farid kamil ig story

farid kamil ig story

Tambahannya lagi, Diana sehingga kini masih trauma serta terkesan dengan insiden dipukul oleh individu terbabit.

Malah, pelakon filem Remp-It turut sempat menegaskan untuk kaum lelaki agar menghormati golongan wanita dan bukannya mengasari mereka.