“Muka Bercopeng Mengelupuh, Jaga Anak Lah Woi!” – Diva AA DIVA AA jijik dengan tindakan Shuhada

 

Sedia maklum, baru-baru ini Shuhada bersama anak-anak dikatakan sudah menjadi model untuk satu jenama muslimah untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ramai yang tumpang gembira dengan kejayaan Shuhada ketika ini kerana merasakan wanita tersebut selayaknya untuk berada di posisi itu selepas dugaan yang dilalui sebelum ini.

Bagaimanapun, ciapan seorang selebriti bernama Azwan Ali atau mesra disapa sebagai Diva AA telah menarik perhatian ramai selepas dirinya memuat naik foto Shu sedang menjayakan sesi ‘photoshoot’ koleksi baju raya itu di laman Twitternya.

tweet diva aa

Difahamkan daripada tweet selebriti ‘panas’ itu, Shu sepatutnya hanya jaga anak dirumah daripada melakukan sesi ‘photoshoot’ tersebut, lagi-lagi mukanya masih ada kesan luka akibat dipukul suami, Hafidz Roshdi.


Bagaimanapun, lihat daripada komen netizen, rata-rata mempertikaikan kenyataan Diva AA itu dan merasakan segala yang dimiliki oleh Shu ketika ini adalah rezeki selepas dianiaya suami sendiri.

Sekadar info, Diva AA sebelum ini sering kali menjadi perhatian ramai dan hal terbaru yang membuatkan namanya ‘trending’ adalah gara-gara perselisihan faham bersama selebriti, Roslan Shah.