Puteri Sarah Kantoi Masih Berhubungan Dgn Bekas Kekasih, Syamsul Yusof Tuntut Nusyuz Di Mahkahmah

 

JARANG sekali membuat pendedahan kisah rumah tangganya, namun pengarah filem Syamsul Yusof akhirnya terpaksa buka cerita dengan mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Pengarah filem Munafik itu ketika ditemui media berkata, sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya.

"Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain," katanya kepada pemberita.

Syamsul ditemani peguam Azmi Mohd Rais ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan nusyuz terhadap Puteri Sarah


Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.

Bagaimanapun kata Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin.

Selain masih isterinya itu menghubungi bekas kekasih, Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.

Syamsul hadir ke mahkamah ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.


Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul masih menyayangi Sarah.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.



Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz, Ini Respon Puteri Sarah – “Saya Isteri Derhaka? Tunggu Apa Dia Nak Buat Dulu”

Hari ini, pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dilaporkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Berikutan itu, Puteri Sarah yang dihubungi media berkata dia berlapang dada dan sedia untuk berjuang berkenaan tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya itu.

Jelasnya lagi, dia tidak tahu menahu mengenai tindakan Syamsul itu namun sudah bersedia untuk memperjuangkan nasibnya sebagai seorang isteri.

Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja cari duit sendiri.

Tambah Puteri Sarah, dia akan buka mulut selepas apa yang dilakukan Syamsul (mengenai permohonan nusyuz) petang ini.

Terdahulu, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Kemelut rumah tangga pasangan itu dikatakan telah bermula sejak empat tahun yang lalu namun kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mengenai hal tersebut.

Namun, Syamsul akhirnya mendedahkan bahawa dia sudah bernikah kali kedua bersama seorang wanita yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar di Thailand.