Salam Takziah Sama-sama kita doakan Berita Sedih Buat Peminat Mnasir

 


KUALA LUMPUR: Ibu Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang tadi, akibat sakit tua.

Isteri M Nasir, Datin Marlia Musa berkongsi berita sedih itu di Instagram (IG), kira-kira sejam lalu.

"Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Meninjau ruang komen, ramai pengikut dan teman industri komposer dan penyanyi itu mengucapkan takziah kepada M Nasir dan Marlia serta mendoakan mereka tabah menghadapi ujian.

Antara selebriti yang menzahirkan ucapan takziah adalah Alif Satar, Elly Mazlein, Nad Zainal dan Haiza Hanafi.

Marlia mengumumkan pemergian ibu mentua melalui hantaran Instagram (IG), malam tadi. Foto IG Marlia Musa


M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

Pada Januari 2021, M Nasir ditimpa dugaan apabila bapa tersayang, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua.

Bagaimanapun, komposer yang bergelar sifu itu tidak dapat hadir ke pengebumian arwah bapanya di Singapura, akibat sekatan perjalanan berikutan pandemik COVID-19.