TERKINI ! Penyanyi Terkenal Malaysia Meninggal Dunia Terjatuh Di Stesen MRT

 

Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Eison Chai dilapor meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou pada kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.

Pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat bagi mencari punca sebenar kematian penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu. Eison disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai, 40, ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya dipercayai berkaitan soal cinta.

“Cinta merupakan perkara paling sukar untuk difahami dalam dunia ini namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan beroleh kebahagiaan selamanya,” tulis Chai.

Chai memulakan kerjaya di Taiwan pada usia 19 tahun dengan memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang diadakan di negara tersebut.

Pada tahun 2019, Chai kemudiannya menubuhkan kumpulan rock, 87 dan melancarkan album pertama mereka, Dream Together pada tahun sama.

Selain itu, dia juga dikatakan telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM742,500 selepas perniagaan restoran laksa di Ximending yang diusahakannya mengalami kegagalan.

Chai yang juga merupakan seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada tahun 2020.