“Waktu tu, Ibu Syamsul sendiri yg selamatkan saya !” Padah tak nak ceraikan dirinya, Puteri Sarah Nekad Dedah Aib Syamsul Yusof Terbaru

 

Setelah Syamsul Yusof enggan melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah pada hari ini, wanita tersebut mendedahkan hal baru yang membuatkan ramai pihak berasa terkejut.

Menurut Puteri Sarah dia enggan menyebarkan aib itu tetapi dirinya terpaksa mengemukakan bukti baru iaitu mengenai suami pernah memukul dirinya ketika masih sebumbung.

Dalam pada itu, pelakon wanita tersebut berkata ibu mentuanya yang menyelamatkan dia dengan membawa keluar dari rumah berkenaan.

Pihak Gempak turut mendapat jawapan daripada peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan katanya, dipukul Syamsul juga merupakan salah satu fakta anak guam mahu keluar dari rumah.

Tambahannya lagi, andaian serta gambaran yang diberikan oleh Syamsul mengenai anak guam keluar rumah tanpa izin sama sekali tidak betul.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Summayah.