Aiman Tino sah bergelar suami Che Syarah Haifa. Ini Identiti SEBENAR Isterinya

PENYANYI Aiman Tino sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di ibu negara pada petang Khamis.


Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Che Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.


Pada majlis tersebut Che Syarah, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas.


Bagaimanapun kedua-dua belah pihak tidak membawa sebarang dulang hantaran sebagai hadiah perkahwinan pada majlis tersebut.


Upacara pernikahan yang diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.



Sebelum upacara pernikahan diadakan, pasangan tersebut terlebih dahulu melangsungkan pertunangan dalam majlis sama.


Sementara itu, pasangan ini akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei ini di Shah Alam, Selangor.


Aiman dan Che Syarah bertemu pada 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.


Pada 21 Januari lalu, pihak keluarga Aiman menghantar rombongan merisik Che Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.


Biodata Che Syarah Haifa, Usahawan





Sepintas lalu.


Che Syarah Haifa merupakan salah seorang usahawan kecil - kecilan yang aktif dalam perniagaan biskut.


Beliau yang sering tampil di platform media sosial untuk mempromosikan produk perniagaanya sering mendapat sambutan baik daripada masyarakat.


Dia juga adalah rakan kongsi perniagaan biskut kepada salah seorang artis terkenal iaitu Aiman Tino.