AKHIRNYA ! Berita GEMBIRA Buat Seluruh Rakyat Malaysia. Michelle Yeoh NEKAD Tunaikan Janjinya

 


PEMENANG Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar ke-95 iaitu Tan Sri Michelle Yeoh bakal bertemu peminat di Malaysia pada 18 April ini.


Bintang filem Everything Everywhere All At Once itu bakal diraikan dalam majlis istimewa iaitu Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet di Pavilion Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.


Kepulangan Michelle itu sekali gus menunaikan janjinya untuk pulang ke Malaysia semasa menerima trofi berkenaan pada 12 Mac lalu.


"Ibu saya berusia 84 tahun dan saya akan membawa trofi ini pulang ke rumah. Ibu menonton di Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan.


"Saya sayang kamu semua. Saya akan bawa pulang trofi ini," katanya.


Menerusi Oscar ke-95, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).


Sebelum ini, Yeoh, 61, mula melakar sejarah apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles bulan lalu.


Lebih menarik lagi apabila dia pelakon pertama berketurunan Asia yang menang dalam kategori tersebut selain rakyat Malaysia yang pertama dicalonkan dan memenangi Anugerah Oscar.


Selain Anugerah Oscar, Yeoh menerusi watak Evelyn Quah Wang turut meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.