“ALHAMDULLILLAH” BERKAT BULAN RAMADHAN.... - Puteri Sarah Akhirnya Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Buat Kata Sepakat

 


Kuala Lumpur: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.


Puteri Sarah mengakui sangat bersyukur kerana segala urusan itu mendapat kata sepakat dan tidak perlu dipanjangkan.


Menurutnya, dia dan pihak Syamsul ada berjumpa semalam bagi melakukan perbincangan itu.


"Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.


"Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh 'move on' dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah," katanya.


Menurut Puteri Sarah, Syamsul juga memang ingin selesaikan kemelut itu supaya tak payah dipanjangkan lagi.


"Saya pun sudah tahu apa saya nak, apa dia nak, cuma tunggu peguam buatkan kontrak persetujuan untuk ditanda tangan," katanya.


Hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu.


Bagaimanapun, JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat mereka.

Puteri Sarah gembira dengan keputusan ini :

@utusantvofficial Replying to @dianaaurora81 . Bagus lah masing² sepakat 😁. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #syamsulyusof #puterisarahliyana ♬ original sound - UtusanTV

Pada 6 April lalu, Syamsul hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.


Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan JKP berhubung kes permohonan cerai itu.


Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.


Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana, 38, dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.


Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan isterinya masih menghubungi bekas kekasih yang berstatus suami orang.


Alasan lain dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz dibuat termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.


Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.