Baru Setahun Kahwin, Zulin Aziz Dan Suami Umum Bercerai



Pengacara dan pelakon, Zulin Aziz memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen yang menggambarkan seolah-olah hubungan dengan suami sudah berakhir.


“Mungkin sampai sini saja kisah kami, tiada persefahaman. Smoga yang baik-baik untuk masa akan datang.


“InshaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,” katanya menerusi hantaran di Instagram.


Rata-rata warganet menegur Zulin sama ada ini adalah benar atau hanya sekadar memuat naik ayat.








“Hari-hari muat naik suami minta nak makan itu, makan ini. Tiba-tiba muat naik hantaran macam ini pula,” komen @edahaziq.


“Janganlah buat content guna ayat-ayat macam ni, memang nak sangat gamaknya,” tambah @kikinismail.


“Salah faham yang disengajakan risau jadi satu doa tanpa niat. Selamat berpuasa,” komen @alla_aspalella.


Zulin Aziz sebelum ini sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, pada 20 Februari tahun lepas.


Masih tidak dapat dipastikan sama ada benar beliau sudah bercerai atau tidak.