“DEMI KEBAIKAN ANAK², DIANA AKAN .....” AKHRINYA DIANA DANIELLE BALAS TAWARAN RM300 RIBU FARID KAMIL



KUALA LUMPUR: Diana Danielle, 32, menolak tawaran perdamaian bernilai RM319,700 dikemukakan suami, Farid Kamil, 42, malah, tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.


Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik, malah, membenarkan anak-anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan.


"Diana tidak mahu tuntut apa-apa pun kecuali hak jagaan anak-anak. Dia mahu dilepaskan dengan cara baik demi kebaikan anak-anak.


"Mereka akan kekal sebagai kawan dan Farid dibenarkan jumpa anak-anak. Malah, Farid boleh bawa anak-anak pulang sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah," katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.


Akberdin mengulas kesediaan Diana menerima tawaran perdamaian bernilai RM319,7000 yang dikemukakan Farid pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, hari ini.


Farid mengemukakan tawaran perdamaian berupa kenderaan MPV Toyota Vellfire bernilai RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu sehingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.


Farid dilaporkan berharap tawaran itu mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Akberdin berkata, anak guamnya nekad dengan keputusan mengakhiri perkahwinannya bersama Farid.


"Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.


"Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah, selama beberapa hari.


"Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal. Diana bersetuju untuk bercerai selepas itu dan dia tidak mahu kembali hidup semula.


"Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam tadi," katanya.


Akberdin berkata, Diana terkejut sebaik mendapat tahu mengenai tawaran perdamaian yang dibaca melalui laman sosial.


"Diana tidak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tidak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak.


"Dia mahu bercerai cara baik. Diana juga tidak ada masalah jika Farid mahu berjumpa anak-anak," katanya.


Mengenai ketidakhadiran Diana pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi, Akberdin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada peguam mewakili Farid mengenai perkara itu.


"Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah, memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan.


"Saya sudah berhubung dengan peguam Farid dan kami berbincang mengenai terma. Saya uruskan perkara itu bersama peguamnya.


"Semalam saya sudah maklumkan kepada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak hadir. Saya sudah beritahu terma-terma untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.


"Tetapi saya tidak boleh maklumkan terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini atau esok," katanya.


Tambah Akberdin, pihaknya mahu menyelesaikan semua urusan anak guamnya termasuk nafkah anak-anak.


Pada 30 Mei depan, Farid dan Diana akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada sebelah pagi disusuli prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pada sebelah petang.