“Isteri Tak Berterima Kasih Pada Suami, Allah Benci Isteri Sebegini” – Syamsul Yusof Sindir Puteri Sarah



Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah hingga ke hari ini belum ada penghujungnya.


Pada 18 April lalu, Syamsul membuat keputusan mengejut setelah enggan menceraikan Puteri Sarah sedangkan sebelum itu sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah dan hal itu sememangnya membuatkan Sarah berasa berang, lalu meluahkan segalanya di laman media sosial.


Tidak mendiamkan diri, pengarah sensasi ini pertahankan diri dengan mendakwa isterinya itu turut membuat kesalahan besar dan persoalkan cara Sarah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka serta meminta wanita itu menerima takdir bahawa suami sudah berkahwin lagi satu.

Selain itu, Syamsul ada juga memuat naik klip pendek ceramah Ustazah Asma yang menegur kelakuan isteri yang sombong terhadap suami sendiri.


Konten ceramah tersebut seolah-olah mahu ‘menegur’ seseorang bahawa Allah SWT benci terhadap isteri yang tidak menghormati suami serta tidak tahu berterima kasih.


Sedia maklum, Puteri Sarah sekeras-kerasnya mahu bercerai dengan Syamsul Yusof kerana sudah tidak sehaluan dan tidak tahan dengan segala masalah yang diberikan oleh suami serta isteri kedua, Ira Kazar.


Sebelum ini, pelakon wanita ini juga pernah ditegur netizen kerana tindakan dia membuka aib pengarah itu melampaui batas, memandangkan Syamsul masih lagi suaminya yang sah.