“MASA NAZAK PANDAI MINTA DOA PEMINAT !” Peminat Kecewa Dengan Tindakan Nad Zainal & Ungku Ismail Ketika Di Ekspo


Apabila bergelar sebagai seorang selebriti, ia sudah menjadi kebiasaan setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian para netizen.


Baru-baru ini, di laman TikTok, nama Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail mendapat perhatian setelah didakwa tidak memberi reaksi mesra sewaktu berada di ekspo raya di Putrajaya.

@herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah 🥰 #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fypシ #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp ♬ Santai - Faizal Tahir

Difahamkan dari video yang dimuat naik, Nad dipercayai ditegur oleh seorang penjaga booth, namun aktres tersebut hanya sekadar mengangkat tangan, manakala suaminya pula langsung tidak memberi respon.


Susulan itu, kebanyakan netizen meninggalkan komen kecaman terhadap pasangan tersebut dan mempersoalkan tindakan mereka memandangkan kedua-duanya adalah pelakon popular.

komen netizen

komen netizen


Sekadar info, sebelum ini terdapat seorang peminat meluahkan rasa kecewanya terhadap Nad Zainal kerana bersikap sombong apabila lambaian tidak dibalas.