Puteri Sarah BERANG, Ini 2 Permintaan TAK MASUK AKAL Syamsul Jika Mahu Dirinya Diceraikan



Pelakon Puteri Sarah reda apabila proses perceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.


Kata Puteri Sarah ia tidak mencapai persetujuan selepas dia menolak permintaan Syamsul untuk menggugurkan kes terhadap keluarga Ira Kazar dan mahu nafkah anak dikurangkan.


"Sebenarnya saya 50-50 dengan apa yang hendak berlaku hari ini sebab tu saya dah reda tapi tak apa, saya akan fight. 


"Apa-apa pun saya tak akan menurut permintaannya yang mahu saya menggugurkan kes saman keluarga Ira Kazar. Saya memang tak akan tarik kes itu.


"Kedua pula apa yang saya tak setuju adalah bila dia mahu kurangkan nafkah anak pula. No diskaun lagi.


"Malah kalau saya tarik kes itu buat apa selama ini saya berjunang untuk diri saya dan anak-anak. Apa yang penting adalah hak anak-anak saya,"tegasnya.


Difahamkan, Syamsul meminta pengurangan sebanyak 30 peratus bagi nafkah anak-anak dan 80 peratus bagi nafkah mutaah.


Puteri Sarah memberitahu dia tidak bimbang jika kes kemelut rumah tangganya berpanjangan kerana percaya dia boleh melalui proses hakam sebagai jalan terakhir.


"Kenapa saya perlu nak terburu-buru? Apa-apa pun terjadi saya tidak akan gugurkan kes keluarga Ira Kazar.


"Nak berpanjangan pun saya tidak kisah kerana saya percaya saya boleh melalui proses hakam sebagai jalan terakhir," ujarnya.


Syamsul Yusof hari ini tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tenghari tadi.


Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.