Salam Tazkziah, Sama-Sama Kita Doakan, Berita Sedih Buat Nadiya Nisaa



BAPA kepada pelakon Nadiya Nisaa iaitu Kamaruddin Murat meninggal dunia di Madinah kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Salman Madinah selepas menerima rawatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.


Berita sedih itu dimaklumkan Nadiya menerusi Instagram miliknya.




Sementara itu, kakak aktres berkenaan Min Luna pula memaklumkan proses pengebumian akan dilakukan di Madinah.


Manakala majlis tahlil buat Allahyarham pula akan dilakukan di Masjid Bandar Baharu Kedah selepas solat Maghrib pada Isnin.


"Pengebumian akan berlangsung di sana dan masih dalam proses. Al-Fatihah," katanya.


Dalam pada itu, Min Luna memberitahu arwah sempat meluahkan rasa sayang pada anak-anak sebelum meninggal dunia.


"Saya sayang awak juga," kongsinya.