SERAM ! Lelaki Ini Bongkar, Kenapa Hidayah Dah Lakukan Kesalahan Terbesar Kerana Dedahkan DISIHIR Di Media Sosial


Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang- kenangan.


Meskipun masing-masing seronok berkongsikan perihal diri dan gambar untuk tontonan umum, sedar atau tidak, apa sahaja yang kita kongsikan itu, ada ‘mata-mata’ yang akan memerhatikan.


Pada masa sama, perkongsian itu membuka ruang untuk orang lain meninggalkan komen sama ada yang baik atau buruk. Namun, ketahuilah tindakan kita itu sebenarnya boleh mengundang kepada penyakit ain jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.


Ini yang boleh membawa kepada penyakit Ain (mata) yang viral dibicarakan di media sosial.


Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.


Berbahas soal itu, baru-baru ini balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 32, mendakwa dirinya terkena sihir atau gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu.

Umum mengetahui bahawa pelbagi dugaan dilaluinya, terbaharu Noor Hidayah Mohd Ali dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan gangguan mistik serta sihir sehingga memohon orang ramai menerusi media sosial untuk membantu dirinya itu.


Hidayah mendedahkan perkara berkenaan menerusi sebuah perkongsian video di laman Instagram miliknya.


“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang.


“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” katanya menerusi video tersebut.

hidayah_hamzahh


Menerusi entri sama, Hidayah memohon bantuan orang ramai membantunya untuk mencari pakar perubatan Islam bagi menangani permasalahan yang sedang dilaluinya itu.


“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang ada kepandaian merawat penyakit mistik disihir,” ujarnya lagi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihatkan Hidayah untuk tidak war-warkan musibah berkenaan menerusi media sosial miliknya kerana khuatir sihir yang dihantar itu bertambah parah sebaik sahaja si pelaku mengetahui kondisi dia yang terkini.

Selain itu, tidak kurang juga segelintir netizen yang mengambil peluang berkongsi pengalaman mereka yang pernah terkena sihir.


Bagaimanapun, Hidayah tetap diingatkan agar terus berdoa kepada Allah memohon agar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.


Sebgai Hidayah berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.

Abam atau nama sebenar, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor akibat demam panas.