"Tak tahu, aku tengah baring.. dorang call tanya soalan, aku jawab la *****" - Akhirnya Hattan Dedah Kenapa Dia Jawab Soalan Wartawan Begitu



Penyanyi senior, Datuk Hattan didakwa tidak mengetahui bahawa temu bual dijayakan bersama penyampai berita Astro Awani baru-baru ini adalah disiarkan secara langsung atau ‘live’.

Menurut laporan Harian Metro, rakan Hattan iaitu Salimey Abu Bakar tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook.

Salimey mendakwa, dia menonton siaran berita yang melaporkan berhubung pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael itu sebelum bertanyakan situasi sebenar kepada Hattan.



“Saya terus hubungi Datuk Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi ‘live’? 

“Jawapan yang diberikannya, apa ‘live’? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Datuk tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawab la macam biasa.

“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Datuk Hattan…ohh ya ke,” tulis Salimey.

Malah dia menyifatkan, mustahil penyanyi berusia 59 tahun itu tidak mengetahui tentang protokol apabila ditemu bual secara langsung di televisyen atau radio.

“Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk  Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit. 

“Sebaliknya penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit,” katanya.

Terdahulu, Hattan menempelak penyampai berita berkenaan dengan mengatakan bahawa wanita itu tidak membuat kajian terlebih dulu sebelum menemu bualnya tentang Allahyarham Mael.

@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis....awak tau tak tau dia punya sejarah ni... WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan... DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh...silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu... WAA : Saari Amri... DH : Apa la u ni... WAA : Saari Amri Dato...(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa...apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael.... WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral ♬ original sound - Salimey Abu Bakar

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin turut bertindak meletakkan telefon sebelum rakaman siaran langsung itu tular di media sosial sekali gus menerima kecaman ramai.