"Korang TENGOK ! Dalam Video Ini. Bukan Saya Yg Jatuhkan Pasu Tu !" Yana Samsuddin CABAR Aliff Syukri & TUNJUK Bukti Video Kejadian



Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Yana Samsudin hangat menjadi perbualan ramai ekoran video tular yang telah didakwa sengaja memecahkan pasu antik milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.


Difahamkan, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari berada di kediaman Aliff Syukri itu untuk menjalani penggambaran sebuah program terbitan Alif Farhan.


Terkini, berdasarkan perkongsian di Instagram, aktres Adnan Sempit ini tampil bersuara dan mengakui tidak bersalah atas dakwaan memecahkan pasu bernilai RM400,000.


Menerusi hantaran itu, Yana berkata sekiranya dia benar bersalah, dia akan membayar semula ganti rugi tersebut.


“Insya-Allah, mampu je bayar. Kalau saya betul bersalah. Kalau saya tak bersalah, buat apa saya nak bayar,” katanya.

Jelas Yana, pihaknya juga mempunyai bukti semasa kejadian berlaku dan turut mendedahkan bahawa dia tidak mahu memegang pasu tersebut.


“Saya dah cakap mula-mula saya tak nak pegang pun pasu tu bila dapat tahu pasu tu mahal dan antik.


“Saya pun ada rakaman. PA saya dua orang ada ambil video masa keseluruhan kejadian itu,” jelasnya.


Tidak mahu memanjangkan isu, Yana sedia menerima surat peguam dari pihak Aliff Syukri.


“Maaflah Datuk. Saya puasa. Kalau nak hantar surat, hantarlah datuk,” tulisnya.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram usahawan sensasi itu, Aliff Syukri memilih untuk berdiam diri dan akan memberi kenyataan penuh pada petang ini.