[VIDEO] 'Yang, saya tak tinggal awak', suami hanya mampu MERAUNG lihat isteri rentung depan mata



Tular di media sosial semalam video seorang lelaki yang menangis kerana hanya mampu melihat isteri tercintanya meninggal dunia akibat tersepit dalam sebuah kereta yang terbakar.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki itu cuba ditenangkan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain selepas dia menangis kerana tidak dapat menyelamatkan isterinya daripada kemalangan.

Sementara itu, menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, kemalangan tersebut membabitkan tiga kenderaan, iaitu lori Isuzu, Proton Wira dan Proton Preve.

Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

VIDEO:

Dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat.

Dalam pada itu, saksi kejadian, Mohd Ridhwan Othman memaklumkan bahawa keadaan jalan ketika itu sedikit sesak dengan kenderaan bergerak perlahan ketika kejadian.

Ketika kejadian, jalan memang sesak, tiba-tiba datang sebuah lori lorong kiri laju terus melanggar beberapa buah kenderaan.

Kejadian sangat pantas, tidak lama kemudian beberapa kenderaan terus terbakar dan api marak. Seorang lelaki menjerit memanggil isterinya dan memberitahu kami bahawa terdapat isterinya di dalam kereta yang terbakar.

Tambah Mohd Ridhwan lagi, lebuh raya kemudiannya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan.

Sama-sama kita doakan agar mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.