"TERKEJUT AKU TGK SIKAP ORG MALAYSIA !" - Isteri Dato Hattan Menangis DEDAH Mesej yg Dato Hattan Terima Di Instagram


ISTERI kepada Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin meluahkan rasa terkilan apabila suaminya menerima pelbagai mesej berbaur ugutan dan hinaan susulan kejadian yang melibatkan penyanyi itu baru-baru ini.


Arianie Abidin, 52, berkata dia enggan memanjangkan isu yang melibatkan suaminya itu dan memilih untuk mendiamkan diri sehingga keadaan menjadi reda dengan sendiri.


"Jarang-jarang saya meluahkan perasaan kat IG (Instagram) saya. Hari ini saya nak jadi netizen-netizen yang meluahkan perasaan kat IG Story. Mengenai kes suami saya yang viral dikecam, dihentam, dicaci, dimaki, dihina, disumpah, diugut dari netizen-netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara.



"Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan, tapi bagi saya tak perlu kot sebab saya pasti kalau saya berkata pasti ada yang kata 'ala suami dia mestilah dia pertahankan, tak gitu? Tak apalah biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya saja yang kenal dia," katanya.


Arianie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selain memuat naik beberapa hantaran mesej yang diterima suaminya.


Dalam pada itu, Arianie memberitahu dia terpaksa meletakkan Instagram suaminya kepada mod privasi kerana tidak tahan dengan pelbagai mesej yang diterima.


Tambahnya, Hattan juga tidak membaca segala komen mahupun mesej yang dihantar kerana dia yang mengendalikan akaun milik suaminya itu.


"Saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya yang 'private'kan Instagram Hattan. Ini kerana saya tak mahu anda semua tambah dosa.


"Suami saya memang tak baca pun. Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada, okay," katanya.



Meskipun bersedih dengan apa yang berlaku pada suaminya itu, Arianie bagaimanapun tetap kuat menyokong Hattan.


Malah dia berharap agar orang ramai mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku selain berhati-hati dalam meninggalkan komen di media sosial.


"Tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.


"Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala. Kita pula dapat dosa," katanya.



Pada 28 April lalu, tular video temu bual di antara Datuk Hattan bersama penyampai berita saluran Astro Awani menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi berkenaan tidak beradab.


Tindakan Hattan menempelak penyampai berita iaitu Nur Syazwani Saiful Sham yang bertanya mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC mengundang rasa kurang senang orang ramai.


Malah dia kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik yang menghasilkan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu sekali gus menganggap penyampai berita itu tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemu bualnya.