Al-Fatihah, Influncer M4ut DIJ!LAT API terperangkap dalam kren ketika bekerja



SEORANG pempengaruh terkenal Indonesia, Nirwana Selle dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di PT Gunbuster Nickel Industry (GNI), di Morowali Utara, Sulawesi Tengah, Indonesia.


Menurut Detik.com, sewaktu kejadian gadis berusia 20 tahun tersebut berada dalam kren yang dipenuhi asap.


Dia yang bekerja sebagai pengendali kren itu dilihat berada dalam keadaan panik dan tetap mengendalikan kren berkenaan dan tidak sempat menyelamatkan diri.


Pempengaruh tersebut juga dilaporkan sedang membuat video live di TikTok miliknya sewaktu kejadian ngeri itu berlaku.

Sebuah video yang tular di media sosial memperlihatkan kren itu sedang terbakar yang dirakam oleh seorang saksi di lokasi kejadian.


Sementara itu, pihak polis mengesahkan kejadian kebakaran tersebut yang berlaku pada Khamis, 22 Disember lalu.


Polis turut berkata, bahawa terdapat dua orang yang terkorban dalam kejadian kebakaran tersebut.


“Dua orang terkorban,” kata Ketua Polis Daerah Morowali Utara, Ade Nuramdan ketika diminta pengesahan oleh Detik.com pada Khamis.


Selain itu, Ade Nuramdan sempat mendedahkan kronologi kejadian yang melibatkan pempengaruh tersebut dengan berpunca daripada letupan di tapak projek tersebut.