Alfatihah. Salam Takziah Buat Pelakon & Penyanyi Berbakat Liyana Jasmay, Kehilangan Org Tersayang

IBU kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat.


Berita pemergian wanita berusia 66 tahun itu dikongsi oleh pengurus kepada Liyana iaitu Nor Hazwani Jamil.


Menurut Hazwani atau Wani, Habsah baru sahaja disahkan menghidap kanser berkenaan kira-kira dua bulan lalu dan menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu menerima rawatan di hospital.



"Ibu Liyana sakit pun tak lama sebab baru dua bulan lalu dia didiagnos menghidap kanser limfoma tahap empat.


"Malam tadi (Khamis) ibu Liyana memang dalam keadaan agak teruk apabila tahap oksigennya semakin rendah.


"Pihak keluarga mengambil keputusan untuk Habsah 'pergi' dengan tenang dan pagi tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar.


Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Al Iman Kemensah, Selangor dan dikebumikan sejurus kemudiannya.


Pada malam Khamis, Liyana memuat naik foto bersama ibunya di Instastory dengan kapsyen menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan.


Kata Liyana, Habsah sering menemaninya termasuk sewaktu dia belajar di luar negara dan meninggalkan bapanya di Kuala Lumpur.


"Kerjaya saya, hidup saya, masa yang ibu luangkan untuk saya, tunggu saya sehingga habos shooting dan apa saja yang ibu lakukan buat saya gembira.


"Tak pernah tau ada mak yang teman anak belajar di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan ayah dan ayah pun sanggup lepaskan ibu hanya untuk menjaga saya.



"Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang hebat. Itu sebab kamu sangat istimewa, mama saya yang cantik," katanya.


Pada 17 Disember 2021, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.


Difahamkan, Allahyarham berjuang melawan penyakit itu sejak 2020 dan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.