Jangan pasang ayat ‘Ruqyah’ ketika di dalam kereta, ini sebabnya



Pernah tak anda berasa seram sejuk ketika memandu kereta di kawasan yang sunyi ataupun tengah lewat malam? Rasa nak cepat sampai ke destinasi kan?


Sebagai umat islam, kita sering diajar untuk mengamalkan ayat-ayat pelindung (Ruqyah) untuk melindungi diri daripada sebarang ganguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.



Namun begitu, beberapa golongan yang arif mengenai agama islam pula berkata sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, ayat Ruqyah ialah cebisan ayat daripada kitab Al-Quran. Maka itu, hukum untuk membaca atau memasang ayat-ayat perlindungan ini adalah sunat. Walau bagaimanapun, hukumnya boleh berubah mengikut keadaan. Ibadah seperti membaca Al-Quran, solat dan puasa ada ketikanya boleh menjadi haram mengikut waktu dan lokasi. Contohnya, adalah haram untuk membaca Al-Quran ketika di tandas ataupun ketika sesi khutbah pada solat Jumaat.


Sebenarnya, larangan untuk membaca ayat Ruqyah adalah untuk golongan yang mudah mengalami kerasukan sahaja. Dengan itu, kenal pasti dahulu sama ada anda pernah dirasuk ataupun tidak. Kalau tidak pernah, maka tiada masalah untuk anda mengamalkan ayat-ayat suci di dalam kereta.



Seseorang yang pernah dirasuk sebenarnya lebih mudah untuk terkesan. Malah mereka boleh hilang kawalan terhadap kenderaan apabila mendengar bacaan Al-Quran di dalam kereta. Begitu juga dengan penumpang dimana mereka boleh melakukan tindakan yang luar biasa apabila dirasuk seperti cubaan untuk membuka pintu untuk melompat keluar daripada kereta. Perkara ini boleh mengakibatkan kemalangan.


Mengenai bacaan di dalam kereta, pakar gangguan makhluk halus berpendapat bahawa apabila kita bergerak dari titik A ke titik B, kita sebenarnya melalui tempat-tempat mereka. Bacaan ayat Ruqyah boleh dianggap menganggu dan mengancam tempat mereka. Maka itu, mereka akan bertindak. Sejauh manakah kebenaran perkara ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Untuk mengelakkan daripada situasi sebegini berlaku, adalah lebih baik sekiranya amalan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran di dalam kereta ditangguhkan dahulu.



Sekiranya anda berada di dalam golongan yang mudah dirasuk, anggaplah ia sebagai petunjuk ilahi bahawa anda ada penyakit dalaman dan berusahlah untuk merawatnya.