Kes Makin Besar, Ah Moi Nekad Kembali Ke Office Lama Ingin R4mpas Anak Dato Dari View Chin, Dan Ini Yg Berlaku


Baru-baru ini, influencer, Shermine Hau-Ah Moi mengimbau kembali kenangannya sewaktu membuka gudang baharu perniagaan bersama bekas suaminya, View Chin.


Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ah Moi di laman Instagramnya, dia tidak menafikan pelbagai dugaan yang perlu dilaluinya untuk membangunkan perniagaan namun, dia akui dengan nasib yang menimpa susulan konflik yang berlaku bersama bekas suaminya.


“Rasa baik kembali ke pejabat, memori kaw-kaw apabila dulu bayar depoit, fikir pengubahsuaian macam mana. Masa itu masih sangat gembira dapat pindah gudang besar.


“Tapi itu lah nasib, kadang-kadang hidup bersederhana lagi seronok, orang tak akan jadi tamak kan?” ujarnya di ruangan kapsyen.


Bagaimanapun, kehadirannya ke syarikat lamanya, View Fashion telah mencetuskan tanda tanya ramai memandangkan dia sebelum ini memberitahu sudah tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan itu.


Susulan itu, Ah Moi mendedahkan tujuan dia kembali ke pejabat tersebut untuk ‘merampas’ kembali seorang stafnya yang terkenal dengan penghasilan watak ‘Teha Anak Dato’ iaitu Fatihah Zolkefly.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ah Moi selepas menjawab persoalan daripada pengikutnya yang menyangka dia hadir ke syarikat tersebut untuk kembali bekerja seperti sebelum ini.


Pun begitu, sejauh mana kesahihan Ah Moi mahu ‘merampas’ Teha anak dato untuk bekerja dibawahnya tidak dapat dipastikan memandangkan tiada maklumat lebih terperinci diberikan oleh influencer tersebut.

Netizen setuju Ah Moi rampas semula Teha anak dato


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan menyokong dengan keputusan Ah Moi untuk mendapatkan kembali Teha anak dato.



Semoga dipermudahkan urusan Ah Moi!

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar segala urusan Ah Moi dipermudahkan selalu dalam memperjuangkan haknya dan berharap terus kuat dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.