“KING DAH TAK ADA...” Salam Takziah Sama-Sama kita doakan buat peminat “KING”, Ridzuan Hashim. Al-Fatihah..


Pelakon drama terkenal tanah air, Ridzuan Hashim dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.


Lapor Astro Awani, aktor berusia 62 tahun meninggal dunia dan disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.



Berita pilu itu turut dikongsikan bekas isteri Allahyarham, pelakon Didie Alias di Instagram miliknya sebentar tadi.