Salam Takziah, Sama-sama doakan Madammu, Khabar Duka Dari Pengasas/Influncer Terkenal Malaysia


USAHAWAN kosmetik popular Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan penggilan Madammu yang sedang sarat mengandung berkongsi detik cemas apabila dikejarkan ke hospital pada malam Isnin.


Madammu yang dedang hamil 36 minggu berkata, dia dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.


"Saya darah tinggi itu yang ke kecemasan. Belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Tapi kalau darah tinggi naik lagi kena jalani pembedahan," katanya kepada mStar.



Berkongsi mengenai keadaanya ketika ini, Madammu berkata semuanya semakin membaik namun masih lagi perlu mendapatkan pantauan rapi.


Jelasnya, dia tidak mendapat rehat yang cukup sejak akhir-akhri ini membuatkan tekanan darah tingginya naik secara mendadak.


"Alhamdulillah sekarang darah tinggi dah turun dan perlu dipantau supaya tidak naik lagi.


"Malam-malam susah tidur dan sekarang saya tengah sibuk penggambaran Diari Madam untuk Astro itu yang tak cukup rehat," katanya lagi.


Sebelum ini, Madam berkongsi dirinya dikejarkan ke hospital selepas menyambut ulang tahun kelahiran anak tirinya Zahara.


"Selepas sambut ulang tahun kelahiran Zahara. Madammu terus ke kecemasan. Doakan Madamu guys," kongsinya.