"B0D0H ! TAK ADA EMPATI LANGSUNG !" Tindakan Melampau Aaron Aziz DIKEC4M Pihak Animal Malaysia


PELAKON Datuk Aaron Aziz teruk menerima kecaman warganet gara-gara tindakannya memegang seekor ular sawa yang didakwa boleh memberi trauma kepada kucing ketika terlibat dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini.


Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, tindakan memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan menjelaskan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika babak berkenaan dirakamkan.


"Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.


"Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja," katanya.



Aaron menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.


Sebelum ini menerusi satu hantaran berbeza, pelakon asal Singapura ini menerima kecaman hebat netizen terutama pencinta kucing yang kurang setuju dengan perbuatannya ketika itu.


Ada yang mendakwa ular sawa bersaiz besar itu boleh menimbulkan rasa trauma terhadap kucing-kucing yang berada di situ.


Dalam pada itu, Aaron berkata, dia sendiri memelihara kucing di rumah pasti tidak tergamak melihat haiwan itu melalui kesan trauma apabila berada dekat dengan haiwan pemangsa seperti ular.


"Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya sayangkan kucing. Saya tidak akan melakukan perbuatan sebegitu terhadap kucing. Lagipun yang terlibat dalam penggambaran itu bukan orang-orang yang zalim.



"Sebelum melakukan penggambaran, kami telah jalankan ujian dahulu. Tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing," jelasnya.


Kata Aaron, dia terbuka dengan kecaman netizen namun tidak mahu kata-kata dilemparkan kepadanya menimbulkan fitnah.


"Kalau nak kecam silakan, nak sekat sekali pun silakan. Tetapi janganlah buat fitnah," ujarnya.