Allahuuu. Rakan DEDAH Wajah Terakhir Sifu Lentik Sebelum Meninggal Dunia. Ramai TERKEJUT Dgn Perubahan Yg Berlaku


KEMATIAN usahawan dan personaliti media sosial Muhammad Irfan Abdullah pada Rabu mengejutkan ramai memandangkan dia cukup dikenali menerusi aplikasi TikTok.



Lebih dikenali sebagai Sifu Lentik, lelaki itu dikatakan menjauhkan diri daripada rakan-rakan pada penghujung hayatnya kerana mahu merahsiakan ketumbuhan yang dialaminya.


Malah, kebanyakan rakan TikToker serta pengikutnya hanya mengetahui tentang deritanya itu sejurus berita kematiannya tersebar pada Rabu malam.


Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Ummi Nadhirah berkongsi video memaparkan foto-foto terakhir arwah yang kelihatan kurus ketika terlantar di wad.



Beberapa individu yang hadir menziarahi di hospital dilihat turut bergambar kenangan bersamanya yang hanya terbaring lesu.


"Wajah terakhir arwah Sifu Lentik. Al-Fatihah, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah dan tempatkan arwah bersama orang yang beramal soleh," tulis individu itu.


Perkongsian berkenaan meraih 2 juta tontonan selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Isnin.

@umminadhirah8 Wajah Terakhir Arwah Irfan Sifu Lentik #fyp #fypsifulentik #sifulentik #alfatihahbuatmu @sifulentik😍❤️ #fypシ゚viral ♬ Sayang Sampai Mati - Firman Khan

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan memuji penampilan arwah pada hujung hayatnya yang dikatakan kembali kepada fitrah asal memandangkan dia kerap berpakaian perempuan sebelum ini.


"Allahuakhbar, handsome sifu, dia kembali kepada fitrah asalnya. Semoga syurga buatmu sifu dan ditempatkan bersama orang beriman.


"Bila dia bermisai, berjambang dah macam muka sepupu aku. Alhamdulillah arwah kembali pada fitrah asal sebelum Allah jemput.


"Alhamdulillah arwah dalam keadaan asli dirinya. Semoga ganjaran syurga buat arwah," tulis beberapa netizen.



Untuk rekod, berita pemergian Sifu Lentik tersebar selepas rakan TikToker seperti Haqiem Stopa serta Aizat Abdul Razak membuat pengumuman duka menerusi media sosial pada Rabu malam.


Hebahan tentang khabar duka di Instagram itu turut dihujani ucapan takziah daripada selebriti seperti Zoey Rahman, Datuk Seri Vida, Zarina Zainuddin, Roslan Shah dan Hatta Dolmat.


Malah netizen turut meluahkan rasa tidak percaya dengan pemergian itu memandangkan arwah kerap membuat siaran langsung di aplikasi TikTok sebelum ini.


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.