SAH ! Betul Cakap CAPRICE, Lelaki Biasa tak akan buat mcm ni ! Pihak BERKUASA Temui Sesuatu Yg JIJ1K Di Handphone Ebit Lew !



Untuk pengetahuan pembaca, Ebit Lew, 37 berdepan dengan pertuduhan gangguan seksual apabila beliau dituduh membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara bulan Mac dan Jun 2021.


Terkini, menurut sumber, saksi ketujuh perbicaraan kes Ebit Lew telah menyambung keterangannya dengan memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah atau “browsing history” melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbitnya.



Menurut Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan ke dalam cakera video (DVD-R) kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.


Sewaktu pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret hari ini, hasil penelitian tangkap layar tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa laman sesawang yang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah.



Untuk makluman, bagi memastikan laman sesawang yang dilayari mempunyai unsur lucah, beberapa laman sesawang telah dibuka dan akan dirujuk kepada hasil analisis untuk mendapt kepastian.


Antara laman yang dilayari termasuk Wikipedia yang mempunya kata kunci “gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.


Sumber juga menyatakan bahawa hasil pemeriksaan utama oleh Nor Azizah pagi tadi, Latifah juga memaklumkan bahawa satu lagi telefon yang dianalisisnya mengandungi 219 tangkap layer perbualan daripada aplikasi WhatsApp yang bermula pada 4 Mac 2021.


Perbicaraan akan disambung esok @ 22 Jun 2023.