SAH ! Opai, Suami Fatin Afeefa Kantoi Pakai Nombor Plate Palsu, JPJ Gesa Pemilik Buat Laporan Polis



Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.


JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.


Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.


"Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya kepada BH.




Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.


Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.


Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.


.SCRUT OPAI (ALIFF AWANG) – SUAMI ARTIS, FATIN AFEEFA!

Semalam ada orang minta Uncle SCRUT si budak forex, Opai.


Dia kasitau,


“Uncle, tolong SCRUT mamat forex ni. Dia hina gang H, Uncle. Dia kata H najis. So, kalau kereta McLaren tu atau plate no QPA1 bukan atas nama dia. Dia memang super najis!”


Demi kawan-kawan H, Uncle turn on SCRUT ANALytica untuk trace owner QPA1. Dapatan daripada sistem SCRUT, ianya bukan milik Opai, tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd. yang tidak dimiliki pun oleh individu bernama Aliff Awang.


Maka sahlah si Opai tu hanya pinjam nombor plate orang atau drama saja untuk tunjuk kaya. Cuba kalian tanya dia. QPA1 tu memang nombor dia ke? Kalau bukan, memang najislah! Kan?


Uncle cuba trace kereta McLaren tersebut menggunakan SCRUT ANALytica sekali lagi. Uncle menemui yang kereta McLaren itu dimiliki oleh individu bernama Abd Hafiz bin Ab Wasa.


Aik?


Dia ni berniaga apa ya? Ke ada kena mengena dengan forex? Jadi IB forex? Jadi LP?


Sambung bayar ke? Ke nak lari cukai? Pakai lembu?


Tak steady-lah Opai kalau kereta bukan nama sendiri. Kalau zaman Uncle ni, kami panggil gang camni sebagai mughallazoh!


So, adakah Opai juga mughallazoh?


Macam tak mungkin, dia kan kahwin dengan artis. Takkanlah artis nak kahwin dengan mughallazoh.


Kan?