"Syuib Tak Jemput Jep & Mamat Ke ? Kan Geng Susah Bersama ?!!"- Sekali Mamat Sepah Buka MULUT ! Mmg Tak Sangka



PELAWAK Mamat Sepah memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya Shuib kerana komitmen kerja terhadap program Mega Spontan 2023.


Bagaimanapun, kata Mamat, dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.


“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu.


“Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat 'video call' dengan dia sekejap, walaupun 'line' tak berapa cantik saya hubungi dia.


“Saya kata 'good luck brother'. Selamat pengantin baru, maaf saya tak dapat datang,” katanya kepada Gempak.


Dalam masa yang sama, Mamat juga sempat mengimbas kembali memori perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin yang dihadirinya.


“Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis.


“Kemudian masa saya kahwin dulu, Shuib pernah beri saya duit, terima kasih Shuib, beribu dia kasi. Terima kasih.


“Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” ujar Mamat.


Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.


Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.


Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. -Gempak