VIDEO : Polis ṮEMḆ4K M4ṮI remaja 17 tahun ketika diarah berhenti kereta



SEORANG remaja lelaki berusia 17 maut ditembak di dada selepas enggan memberhentikan kereta ketika diarah berbuat demikian oleh anggota polis.


Memetik laporan BBC, remaja yang dikenali sebagai Naël M, 17, disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan awal kecemasan.


Anggota polis terbabit kini ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden yang dilapor berlaku di Nanterre, barat Paris semalam.


Menurut laporan media tempatan, mangsa yang memandu kenderaan sewa itu ditahan oleh dua anggota polis kerana melakukan kesalahan jalan raya.


Akhbar Le Monde mengatakan anggota terbabit mendakwa mangsa telah bertindak memandu ke arahnya dengan niat mahu mencederakan beliau.


Bagaimanapun, video tular menceritakan kisah sebaliknya.


Anggota polis itu bertindak mengacukan senjatanya ke arah pemandu menerusi tingkap kereta.


Beliau kemudian bertindak melepaskan tembakan pada jarak dekat ketika mangsa cuba melarikan diri.


Malah turut didengari salah seorang anggota polis berkata kepada pemandu bahawa “anda akan ditembak di kepala”.


Difahamkan, ketika kejadian terdapat dua lagi remaja berada di dalam kereta terbabit di mana salah seorang berjaya ditahan polis dan seorang lagi melarikan diri.

@utusantvofficial Remaja yang dikenali sebagai Naël M, 17, ditembak di dada disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan awal kecemasan. Kejadian di Nanterre, barat #Paris pagi Selasa (27/6/23). #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ original sound - UtusanTV

Insiden terbabit telah mencetuskan protes oleh penduduk.


Susulan protes itu, polis telah menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang melakukan rusuhan.


Difahamkan, pihak berkuasa telah membuka dua kertas siasatan membabitkan kematian remaja itu di atas kesalahan membunuh ke atas anggota polis dan kegagalan pemandu memberhentikan kenderaan serta cuba membunuh pegawai polis.


Ketua Polis Paris, Laurent Nuñez berkata, anggota polis terbabit berkemungkinan melakukan tindakan sedemikian selepas merasakan dirinya terancam.


Peguam kepada keluarga mangsa yang dikenali sebagai Yassine Bouzrou berkata, video terbabit jelas memaparkan tindakan seorang anggota polis membunuh remaja.


“Keluarga mangsa telah memfailkan laporan atas dakwaan bahawa mangsa cuba melanggar anggota polis tersebut,” kata peguam itu.


Menteri Dalam Negeri Perancis Gérald Darmanin berkata, orang ramai diminta menghormati keluarga mangsa yang baru kehilangan insan tersayang.


Pemimpin sayap kiri Jean-Luc Mélenchon turut menyatakan takziah kepada keluarga remaja itu.


“Tiada pegawai berhak untuk membunuh melainkan untuk mempertahankan diri,” ciapnya di Twitter.