VIDEO: Sajat Makin DAHSYAT Sejak Duduk Australia, Sajat Berani Tayang Video Tak Pakai Seluar



Sebut saja nama Nur Sajat pasti ramai sudah kenalinya sebagai seorang usahawan sensasi yang sering terpalit dengan banyak kontroversi.


Terbaru, video yang baru dimuat naik olehnya di Instagram menjadi perhatian dan di dalam hantaran itu, Sajat berkongsikan perkembangan dirinya yang merupakan seorang wanita trans yang berjaya menurunkan berat badan kerana sering bersenam.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Sajat menunjukkan tubuh badannya dan di bahagian bawah, wanita trans tersebut tidak memakai sebarang seluar tetapi memakai seluar dalam.


Perkongsiaan Sajat itu telah mendapat teguran daripada salah seorang pengguna yang meminta usahawan berkenaan menjadi ‘pondan’ yang bermaruah.

komen sajat


Tidak mendiamkan diri selepas dibidas oleh individu terbabit, Sajat menegaskan bahawa dia hanya menjadi dirinya yang sebenar dan tidak akan mengambil peduli dengan pandangan orang luar.