Video Tiga beradik M4UT SERENTAK, Lori bertembung dengan kren.

 


Tiga beradik maut selepas lori dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan- Johor Bahru, di sini semalam.


Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah pemandu lori, Muhammad Solihin Abu Bakar, 21, serta dua kelindan iaitu Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, dan Ahmad Jazuly Abu Bakar,17.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan.



“Apabila sampai di tempat kejadian, lori dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum melanggar kren yang datang dari arah hadapan.


“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan dua kelindan lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kren mengalami luka di bahagian badan,”katanya, di sini hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya, siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik.


“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu lori yang memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya.