“Dia Menggila Bahayakan Orang!” – Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

 



Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Twitter berkongsikan satu ciapan mendakwa seorang bekas pengacara TV3 dan juga merupakan bekas isteri kenamaan melakukan kerosakan di kawasan perumahan dengan melanggar pondok pengawal.


Bukan sekadar itu saja, malah dia turut didakwa memecahkan pejabat pengurusan, merosakan CCTV, memukul staf pengurusan serta banyak lagi kekasaran yang dibuat.

bekas pengacara tv3

Kata individu tersebut lagi, ini bukanlah kali pertama pengacara berkenaan membuat ‘kecoh’ kerana namanya juga pernah disebut ramai sebelum ini.


Bagaimanapun, individu itu berkata pihak berkuasa tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap personaliti televisyen itu kerana mempunyai kabel yang kuat biarpun sudah membahayakan nyawa orang lain.

bekas pengacara tv3

Dalam pada masa yang sama, ada juga penduduk di kondominium itu berkongsikan foto keadaan kereta bekas pengacara itu sambil berkata pemiliknya sedang ‘menggila’.


Meninjau di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya siapakah bekas personaliti TV itu dan ada juga yang mendesak agar identitinya dibongkarkan kerana tidak layak untuk disorokkan.

komen netizen

komen netizen