Innalillahiwainnailaihirojiun, Takziah Buat penyanyi Terkenal Siti Nordiana, Diharap Peminat turut Tabah menerima Perkabaran Ini

 


Di Instagram, penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi tadi.

Ayah meninggal dunia

Menurut pengurus Siti Nordiana iaitu Anas Osman, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Tambah Anas, kakak ipar Siti Nordiana mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 10 pagi tadi.

Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat. Nana baru sahaja bertemu arwah pada Rabu. Keadaannya baik-baik sahaja ketika itu. Cuma, arwah ada menghidap penyakit kencing manis dan beberapa penyakit lain.

Keluarga menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang datang melakukan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.

Sekadar info, Siti Nordiana membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolabrasi/Duo/Kumpulan Popular.

Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Nana, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.

Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam ini. Peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam.