PANAS ! Datuk Aliff Syukri DEDAH Wajah Bekas Menteri Hutangnya BERPULUH Juta. Satu Malaysia Kenal Menteri Ni.



Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa pengasas tudung sarung mengelak daripada membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.


Belum lagi selesai, Aliff kini menuntut pula seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya menerusi hantarannya di Instagram.




Menurutnya, dia sudah berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut tetapi sehingga kini masih belum mendapat sebarang respons.


“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja… orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” ujar Aliff.


Tambahnya, dia berharap Tan Sri atau keluarga melihat hantarannya itu dan menjelaskan hutang serta tidak menzalimi keluarganya.