"1ST TIME DENGAR SUARA Mona Fandey !" - Malique Lancar Lagu Baru Gabung Suara Arwah Mona Fandey Buat Netizen Meremang!

 


Penyanyi rap terkenal, Malique didakwa bakal keluarkan lagu baru dengan tajuk Sedih Hati yang turut menggabungkan sebuah laju nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey telah tular di media sosial.


Menerusi satu klip audio di Tiktok, netizen buat pendedahan bahawa Malique gabungkan lagu lama nyanyian Mona Fandey yang bertajuk Ratapan Anak untuk jadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’.


@akramsazlan #maliqueibrahim #masukberanda #fyp ♬ original sound - lan.co


Bukan tu jer, tajuk lagu terbaru Malique, Sedih Hati itu juga diambil dari bait lirik dalam lagu Ratapan Anak. 


Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang tak sabar lagu itu dilancarkan dan menyifatkan penyanyi rap itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu. Menurut mereka lirik yang ditulis oleh Malique mempunyai maksud yang sangat berat dan tersirat.


Ada juga yang rasa lagu itu ada unsur seram sebab dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.