Didie Alias NEKAD Cerita Punca Bercerai ! Anak Pun Baru Tahu HarI Ini Tak Sangka. Semoga Tabah

 


Kuala Lumpur: Pelakon, Didie Alias, 51, berkata keluarganya tahu mengenai sakit jantung dialami bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.


Didie ketika ditemui berkata, disebabkan Ridzuan tinggal bersendirian, dia berbincang dengan anak-anaknya dan meminta mereka untuk menemani ayahnya.


“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.


“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.


“Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.


“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai keadaan Dhanial, 29, Didie berkata, dia adalah anak yang rapat dengan ayahnya dan terkilan kerana akan mendirikan rumah tangga 20 Mei ini tanpa kehadiran ayahnya.


“Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti. Jadi, itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.


“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” katanya.


Didie bagaimanapun bersyukur kerana keluarganya berkesempatan berkumpul semula dan meraikan Aidilfitri bersama.


“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.


“Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.


“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” katanya.


Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.